Saturday, August 22, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN..

Ramadhan Kareem... Ramadan yang dirindui menjelma kembali.. Inilah bulan keberkatan 'Shahrun Mubarak' yang dikurniakan oleh Allah khusus buat hambaNya yang beriman. Banyak keistimewaan yang terdapat pada bulan yang mulia ini, antaranya:
  • diturunkan Kitab Al-Quran yang mulia pada malam 17 Ramadan
  • adanya malam Al-Qadar iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
  • solat tarawih iaitu ibadah yang tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain
  • amalan diberikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda
  • doa dimakbulkan
  • dosa-dosa diampunkan
  • dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka
Segala kurniaan ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Oleh itu, marilah kita sama-sama memeriahkan pesta ibadah di bulan mulia ini dengan berlumba-lumba melakukan ibadah dan amal soleh. Semoga kita semua mudah-mudahan akan menjadi mukmin yang bertaqwa di sisi Allah SWT.

Antara amalan utama yang boleh dilakukan di bulan Ramadan:
  • tilawah Al-Quran atau tadarus Al-Quran
  • solat sunat tarawih
  • bersedekah
Saya mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Jadikanlah Ramadan kali ini sebagai Ramadan yang terbaik buat kita semua..

Friday, August 7, 2009

Pertama kali..

Malam ni merupakan cubaan pertama saya membuat blog sendiri..entahla..jadi atau tidak, saya sekadar cuba-cuba dan suka-suka.. Saya baru saja ada peluang untuk membuat blog dan nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar tentang blog ni..walaupun orang lain dan sahabat2 ramai yang sudah advance dalam menulis blog..

Saya terpanggil untuk buat blog ni lepas baca blog sahabat2.. banyak cerita-cerita yang menarik hati saya.. Berbetulan saya keseorangan ketika ini, menunggu suami yang akan pulang ke rumah malam sekejap nanti.. Ain (anak) ada di kampung opahnya di Kuala Kangsar..bercuti dengan opah atas permintaan opah yang rindukan cucunya. Jadi kesempatan yang ada saya cuba-cuba membina blog..banyak kekurangan lagi..apa pun moga dapat memberi kesenangan pada sahabat yang membaca..